Senin, 24 September 2012

Ilmuwan Muslim, Ilmuan Muslim Sains, Ilmuan Muslim Sains Bapak Ilmu Kimia Jabir Ibn Hayyan

Jabir Ibn Hayan (750-803 Masihi), yang lebih akrab 
dipanggil "Si Geber dari Abad Pertengahan" juga dikenali 
sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama 
penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil 
menempatkan dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak 
dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah 
(sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.

Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru pada
Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.
 
Sumbangan terbesar beliau ialah dalam  lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal
kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan
sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia
(Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.
 
Beliaulah yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia
alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia
moden.
 Jabir banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan
kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencu-rahkan
daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian
terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi, beliau mengembangkan ilmu
kimia sebagai
cabang ilmu alkimia.
 
Beliau menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling
berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh sebab itu,
bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke atas hukum nisbah tetap.

Sumbangan yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga dalam
bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses penghabluran,
penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya dengan cara pembakaran),
pejalwap dan penyejatan serta pengembangan terhadap beberapa peralatan untuk
menjalankan eksperimen itu.
 

Pencapaian praktis utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan bahan
mineral dan asid, yang telah pun dipersiapkan pertama kali dalam penelitian tentang alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik membuatkan proses penyulingan
menjadi lebih mudah dan sistematik.
 

Antara beberapa kejayaannya yang lain  dalam bidang kimia, salah satunya ialah
dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam
bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada duanya didunia.

Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi  kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia
Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max
Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu
kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu
Haiyan.
 
Tegasnya, Jabir merupakan seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan
ilmu kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli,
penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan bijih
mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan penyamakan
kulit.
 

Sumbangan beliau juga pada menyediakan  pelapisan bahan anti air pada pakaian,
serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga mengembangkan teknik
peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.
 

Idea eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk mengklasifikasikan
unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam, bukan logam, dan penguraian
bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga bentuk berbeza daripada bahan kimia
berdasarkan unsur-unsurnya:


Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan,
seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida.
Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.
Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.
Pada abad pertengahan, risalah-risalah  Jabir dalam bidang ilmu kimia - termasuk
kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, telah diterjemahkan
ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya telah diterbitkan oleh orang
Inggeris yang bernama Robert Chester pada tahun 1444, dengan judul The Book of
the Composition of Alchemy.
 
Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona.
Berthelot pula menterjemahkan  beberapa  buku beliau, yang antaranya dikenali
dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern Mercury.
  
Berikutnya pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris, iaitu Richard Russel
mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection. Berbeza
dengan pengarang sebelumnya, Richardlah yang pertama kali menyebut Jabir dengan
sebutan Geber. Dialah yang memuji Jabir sebagai seorang pendeta Arab dan juga ahli
falsafah.  

Buku ini kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad
lamanya dan telah member! impak dan pengaruh yang cukup besar kepada evolusi
ilmu kimia moden. Istilah alkali, pertama kali ditemukan oleh Jabir.  

Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya sedikit sahaja yang telah
diterjemahkan. Sebahagian besar karyanya tetap kekal dalam bahasa Arab.

Download versi PDF

Tidak ada komentar:

Posting Komentar